Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 22 Januari 2011

The World bakal musnah - Pemilik bunuh diri


DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.

Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.

Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.“Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan,” katanya di depan hakim.Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.

Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya. Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek. Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan. Seorang daripada pemiliknya, John O’Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang. -
sumber


suraukini: Dunia pasti musnah juga akhirnya.

Rakaman sekitar hari pencalonan Tenang


Menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat di negara demokrasi.Suasana di hari pencalonan. Amacam Chua Soi Lek?



sumber
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2011/01/gempur-kubu-bn-gambar-sekitar-10-ribu.html

Jumaat, 21 Januari 2011

Salji di Padang Pasir. Dunia makin tua!

RIYADH: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Tabuk, utara Arab Saudi berikutan salji turun sejak Isnin lalu di wilayah itu. Pengarah jabatan itu di Tabuk, Sulaiman Al-Huwaiti, berkata rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa ketebalan salji. Beliau menggesa pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga sudah mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang jarang sekali ditimpa salji tebal. Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius).

Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun. Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius. Sementara itu, di Riyadh, Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan penutupan sekolah di ibu kota itu kelmarin berikutan hujan lebat sejak Selasa.

Penduduk terus terkurung di dalam rumah masing-masing di ibu negara Riyadh, terutama di wilayah Timur, Tabuk, Assir dan Baha. Keadaan cuaca turut menjejaskan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Syarikat elektrik terpaksa menutup bekalan kuasa untuk mengelakkan kemalangan maut.


Pengarah kawalan di Jabatan Lalu lintas Riyadh, Mejar Hassan Al Hassan, berkata jabatan terbabit mencatatkan sejumlah 402 laporan kemalangan berikutan hujan lebat dan keadaan jarak pandangan yang rendah. Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Al Hassan berkata, bilik operasi jabatan terbabit menerima sejumlah 1,373 laporan meminta bantuan lalu lintas dan 613 panggilan untuk perkhidmatan umum.

Beliau berkata, pengawal lalu lintas mendapati banjir di 60 lokasi sambil menambah bahawa pihak berkuasa perbandaran dimaklumkan untuk mengepam air keluar. – Agensi

Misteri apakah ini?


Garisan Monyet

Manusia dijadikan Allah amat kerdil. Mahasuci Allah yang menjadikan manusia dan Alam. Terlalu kerdil kejadian manusia jika dibandingkan kejadian alam semesta. Dunia amat luas. Masih ada tempat - tempat di dunia ini mempunyai misteri yang belum terbongkar.

Penemuan simbol - simbol garisan aneh dipermukaan bumi Negara Peru oleh para saintis menimbul satu tanda tanya, adakah wujud satu kehidupan lain di sebalik garisan - garisan aneh tersebut?

Marilah kita lihat sebahagian gambar - gambar garisan aneh dipermukaan Bumi Negara Peru ini. Apa pun yang anda lihat dan tonton adalah satu perkara yang tidak mustahil di sisi Allah. Semoga penemuan begini akan mempertingkatkan lagi keimanan terhadapNya.

Binatang apa ni?

Macam burung
Lokasi berhampiran Sungai Nazca Peru
Macam E.T
Spongebob??? :)

kita saksi kan video ini untuk visual lebih jelas dari udara

Terima kasih pengunjung Blog dan penyumbang Pusat Tahfiz


Suraukini mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih atas kesudian semua sahabat mengunjungi blog ini. Terimakasih juga atas keprihatinan sahabat - sahabat membuat sumbangan untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Ada penambahan amaun dalam akaun Tahfiz pada bulan ini. Syukran atas sumbangan. Moga ianya menjadi bekalan terbaik di alam sana nanti.

Kepada semua penyumbang dan pengunjung blog, jemputlah datang ke Pusat Tahfiz ini. Lihat sendiri dengan mata kepala suasana anak - anak tahfiz belajar di sini. 

Mereka adalah pewaris generasi Al Quran.


Khamis, 20 Januari 2011

Al Quran Berusia 500 Tahun



LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam. Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan. Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk. Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi


Suraukini: Khazanah umat Islam perlu dikembalikan kepada Kerajaan Islam.

Rabu, 19 Januari 2011

Berita baik untuk warga Selangor


Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.
“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya. Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.- mkini

Jemput datang malam ini

Kuliah Maghrib malam ni bersama Ustaz Sidek Noor. Tolong Hebahkan!! ikut jalan alternatif. jangan ikut jalan depan Kuil batu Caves. Kelapa sedang dibaling.

Selamat bercuti.

Selasa, 18 Januari 2011

Hujan batu yang paling mengerikan Di Oklahoma City

Tiada apa yang mustahil pada Allah SWT. KekuasaanNya melebihi segala - segalanya. Hujan batu adalah salah satu fenomena alam ciptaan Allah. Hujan batu kadang - kadang menyeronokkan. Kalau saiznya besar biji manik, pasti menyeronokkan. Tapi kalau saiznya sudah sebesar bola tenis, pandai - pandailah bawak diri.

Semoga kita tidak diuji dengan keadaan sebegini.

Scientists warn California could be struck by winter ‘superstorm’


A group of more than 100 scientists and experts say in a new report that California faces the risk of a massive "superstorm" that could flood a quarter of the state's homes and cause $300 billion to $400 billion in damage. Researchers point out that the potential scale of destruction in this storm scenario is four or five times the amount of damage that could be wrought by a major earthquake.

It sounds like the plot of an apocalyptic action movie, but scientists with the U.S. Geological Survey warned federal and state emergency officials that California's geological history shows such "superstorms" have happened in the past, and should be added to the long list of natural disasters to worry about in the Golden State.

The threat of a cataclysmic California storm has been dormant for the past 150 years. Geological Survey director Marcia K. McNutt told the New York Times that a 300-mile stretch of the Central Valley was inundated from 1861-62. The floods were so bad that the state capital had to be moved to San Francisco, and Governor Leland Stanford had to take a rowboat to his own inauguration, the report notes. Even larger storms happened in past centuries, over the dates 212, 440, 603, 1029, 1418, and 1605, according to geological evidence.The risk is gathering momentum now, scientists say, due to rising temperatures in the atmosphere, which has generally made weather patterns more volatile.

The scientists built a model that showed a storm could last for more than 40 days and dump 10 feet of water on the state. The storm would be goaded on by an "atmospheric river" that would move water "at the same rate as 50 Mississippis discharging water into the Gulf of Mexico," according to the AP. Winds could reach 125 miles per hour, and landslides could compound the damage, the report notes.

Such a superstorm is hypothetical but not improbable, climate researchers warn. "We think this event happens once every 100 or 200 years or so, which puts it in the same category as our big San Andreas earthquakes," Geological Survey scientist Lucy Jones said in a press release.

Federal and state emergency management officials convened a conference about emergency preparations for possible superstorms last week. You can read the whole report here.

(A 2005 California storm: AP)

suraukini: Kiamat pasti berlaku, hanya masa dan ketikanya hanya dalam Ilmu Allah. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.

4 Surah Pilihan dihafaz dalam tempoh 2 minggu


Zulhusni (3 dari kanan barisan hadapan)

Alhamdulillah pencapaian yang memberangsangkan pelajar tahfiz Ad Diniyyah. Dalam tempoh 2 minggu sejak sesi pembelajaran bermula adik Muhamad Zulhusni Bin Othman berjaya menghafaz 4 surah pilihan. Surah Yassin, Al Waqiah, An Naba' dan Al Insan. Satu pencapaian yang memberangsangkan.

Mudah - mudahan semua pelajar diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Betul ke rakaman UFO kat menara KL ni????


KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.

Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.

"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.

"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.

Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer
 
SK: Tak nampak macam UFO pun. :(









 

Isnin, 17 Januari 2011

Pesawat Penumpang menjelang 2025 macam burung



Pesawat penumpang pada tahun 2025 menyerupai seekor burung. Mahasuci Allah yang mencipta burung , Allah kurniakan sayap kepada burung untuk terbang di awan biru. Berapa cerdik pun manusia mencipta , pastinya tidak dapat menandingi kehebatan Allah yang Maha Pencipta

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan gambar generasi baru pesawat penumpang pada 2025, lapor sebuah akhbar semalam. Ia mendedahkan konsep reka bentuk bagi menggambarkan penerbangan yang mempunyai enjin tidak terlalu bising dan penggunaan tenaga yang efisen. Tiga buah syarikat gergasi penerbangan, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan The Boeing Company mengemukakan pelbagai reka bentuk itu pada hujung tahun lalu.

Ketiga-tiga syarikat itu memenangi kontrak daripada NASA untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sekali gus menguji konsep tersebut pada tahun ini. Reka bentuk itu dikemukakan selepas NASA mendedahkan bahawa ia mahu membina pesawat super yang lebih laju, lebih besar dan tidak bising selain penggunaan bahan bakar yang lebih efisen serta mesra alam.

Kini setiap syarikat tersebut akan meneroka, menguji dan membuat simulasi reka bentuk masing-masing dalam tahun ini dengan harapan NASA akan memilih salah satu ciptaan yang dikemukakan itu. - Agensi

Wak Salawi dan pembinaan tandas. Iyyyaaaa Bolehhhh!!

Wak Selawi bergaya di tapak projek dengan baju belang

Suraukini mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah berkorban masa dan tenaga dan wang ringgit untuk kerja pembinaan bilik mandi tambahan Pusat tahfiz Ad Diniyyah. Selepas 17 hari menunggu, akhirnya bilik mandi dan tandas pelajar  siap dan sedia untuk digunakan.

Pihak pengurusan tahfiz juga telah membeli satu set pam air untuk mempastikan air mandi di pancuran bertekanan tinggi. Terimakasih Wak salawi And the gang yang menguruskan pembinaan. 

Betul ke Bajet Wak tu??
Iyya Bolleh......

Wak betul ke bajet wak tu?
Iyya Bolehhh!!.....Kalau tak cukup, jangan dibayar saya!!! Wak tanggung semuanya....

Wak betul ke bajet Wak ni?

mmmmmmmm.............


Wak! Betul ke Bajet Wak tu ??
Aduuuuuuuhhhhh!!, kalu begini rugi saya ni....takda untung kalau begini. Mana Bolleh... Rugi saya!!


Hahahahah!!

IYYYYYAAAAA!!! BOLEHHHHHHH! - kata - kata keramat Wak Selawi dibadikan disini. (Hanya yang boleh bercakap jawa sahaja mampu mengungkap kata keramat Wak Selawi ni... heheheh :)

Kuliah Ustaz Sidek Noor

Makluman
Kuliah Bulanan Ustaz Sidek Noor yang dijadualkan pada malam ini ditunda ke Hari Rabu 19 Januari 2011.
Semua dijemput hadir dan hebahkan. Kuliah Selepas solat maghrib

Pengajian kitab Minhajul Abidin

Tahfiz Ad Diniyyah - Dialog bersama Ibubapa

Sebahagian gambar-gambar di sekitar program Dialog bersama Ibubapa pada 16 Jan 2011.





Barisan pengurusan.


Ust Mohd Faid


Ust Abdul Rahman


"Nervous breakdown" ....


Sebahagian ibubapa yang hadir...





Anak-anak Tahfiz Ad Diniyyah


Dialog.....

Abah releks abah! jangan cekak pinggang abah!!


Makan-makan selepas program...


Posing oleh anak-anak tahfiz...

Kambing panjat pokok


 
Gambar dan video menarik untuk penggemar - penggemar daging kambing. Dulu suraukini pernah hantar satu posting berkenaan kelebihan / fadhilat susu kambing dan daging kambing. Hari ini suraukini nak berkongsi kisah kambing panjat pokok pula. 


Khabarnya kisah kambing panjat pokok ni memang popular di Negara Morocco atau dikenali sebagai Negara Maghribi. Kambing panjat pokok memang tidak pernah berlaku di Malaysia. Mungkin juga pernah berlaku , tetapi belum pernah ada bukti rakaman gambar atau video.

Apa pun, gambar ini sekadar untuk menambah maklumat dan melihat kebesaran Allah. Binatang kaki 4 pun boleh memanjat rupanya.
 
Amacam bro? malam ni kita pekena Mandy Laham Panjat Pokok


 


Ahad, 16 Januari 2011

Selangor bantu orang Islam berhenti kerja di premis arak

10 Safar 1432H.

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal."Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjagahal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Malaysiakini/-

Membuat persiapan terakhir

Jam menunjukkan 12.07 tengah malam.

Baru saja menyiapkan dan mengemaskini dan menyemak dokumen - dokumen perlu untuk kegunaan Majlis Perjumpaan bersama ibu bapa pelajar Tahfiz selepas zohor esok. Mudah - mudahan majlis berjalan lancar. Jawatankuasa sambutan telah dibentuk malam kelmarin. Meeting bersama Ustaz Azhari dan lain - lain AJK yang penuh komited berjalan lancar.

Ketika jari mengetuk - ngetuk papan kekunci komputer riba ini,  otak masih memikirkan tentang masalah pengangkutan pelajar tahfiz. Mudah - mudahan Allah menunjukkan jalan penyelesaian terbaik. 

Cuma Firman Allah ini saja menjadi penyejuk hati  :

"Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al Quran , dan kami lah yang memelihara dan menjaganya".

Bersama menadah tangan kehadratNya........