Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 26 November 2011

Download borang Program Hafazan Cuti Sekolah di sini



Seperti yang di warwarkan sebelum ini, anda kini boleh memuat turuin borang Program Hafazan Cuti Sekolah Disember 2011 anjuran bersama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan Surau Ad Diniyyah mulai hari ini.

Klik sini untuk download borang Program Hafazan Cuti Sekolah


info tentang Program ini di sini

Jumaat, 25 November 2011

Hang kenal siapa ni?? :)


Subhanallah!! Saksikan video bagaimana pulau terbentuk


LAHAR gunung berapi yang meletus di Kepulauan Canary mengeras dan dijangka membentuk sebuah pulau baru.


KEBIRUAN air di permukaan laut berhampiran Pulau El Hierro iaitu salah sebuah pulau di Kepulauan Canary tiba-tiba 'dihiasi' dengan kewujudan gelembung buih-buih yang muncul dari dasar laut awal bulan ini. Turut kelihatan gumpalan magma berwarna kehitaman melatari permukaan laut.

Semua itu berpunca daripada aktiviti gunung berapi dasar laut di kawasan tersebut yang dilaporkan semakin aktif selepas satu gempa bumi berukuran 4.3 pada Skala Ricther melanda pulau tersebut pada 5 November lalu.

Gempa bumi berkenaan menyebabkan gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro itu memuntahkan material berupa gas dan asap hitam setinggi 18 meter ke udara yang dipenuhi bau sulfur selain menyebabkan ia kelihatan terapung di permukaan laut.

Para saintis tempatan memberitahu, aktiviti di gunung berapi dasar laut itu telah bermula sejak 17 Julai lalu dengan lebih 10,000 gegaran direkodkan. Apa yang pasti, pakar geologi turut berpendapat bahawa terdapat kebarangkalian letusan dari dasar laut itu mampu 'melahirkan' sebuah pulau baharu di Kepulauan Canary.

Khabar itu juga menyebabkan beberapa nama untuk 'bayi' Kepulauan Canary itu telah dicadangkan menerusi Internet, antaranya seperti Atlantis, Discovery atau The Beast.

"Letusan itu juga menyebabkan gumpalan besar magma berwarna kehijauan terbentuk di permukaan laut," kata seorang penduduk.
Saksikan bagaimana lahar gunung berapi yang meletus dan mengeras membentuk pulau di tengah laut.

Subhanallah!!





Download Kuliah Maghrib Tuan Guru Abdul Hadi di sini



Anda tidak berkesempatan mendengar kuliah tuan guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Amaniah Batu Caves malam Selasa 22 Disember baru baru ini? Ceramah berkisar tentang Sambutan Tahun Baru Hijrah . Jangan risau anda boleh mendengar secara online di sini. (Kredit untu kuliahnusantara Syeikh Arrawa)



atau download terus ke PC anda di sini

Khamis, 24 November 2011

Inspirasi untuk Anak - anak Tahfiz Ad Diniyyah



Rakaman choral speaking Bahasa Melayu dari sebuah Maahad Tahfiz Sains dari Tanah Merah Kelantan. Hidup mesti kreatif!! Luaskan medium dakwah dengan pelbagai kaedah.


Program Hafazan Cuti 2011 Sekolah Anjuran Pusat Tahfiz & Surau Ad Diniyyah. Daftar Sekarang!!!


Imbasan Video Program Hafazan Cuti sekolah setahun yang lalu.

Merancang cuti anak - anak

Cuti sekolah muncul lagi, sudahkan anda merancang program cuti anak anda? Kajian menunjukkan bahawa cuti sekolah yang panjang merupakan salah satu penyumbang kepada gejala sosial di negara kita.


Cuti yang panjang dan tiada perancangan akan menyebabkan anak—anak anda membazirkan waktu dengan menonton tv, bermain games dan melepak dan melakukan pelbagai aktiviti tidak berfaedah.

Al Quran di dada Anak—anak


Jiwa kosong , tiada Al Quran di dada akan menambah parah jiwa anak—anak . Al quran sememangnya diturunkan untuk memberi keberkatan dan ketenangan. Mudah—mudahan dengan adanya program ini akan dapat mengisi minda anak—anak kita dengan Al Quran.

Mudah—mudahan jiwa anak—anak lebih tenang dan anak—anak mudah mendengar kata. Semoga Al Quran menjadi pendiding untuk anak kita dari melakukan keburukan

Mendisiplinkan anak - anak
 
Program ini akan dipantau oleh 5 orang Guru, 3 Orang Ustaz dan 2 orang Ustazah. Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mengikut tahap penguasaan bacaan Al Quran. Jika anak—anak belum boleh membaca dengan baik , guru akan mengelokkan bacaan anak—anak terlebih dahulu.

Anak—anak diwajibkan berada di kawasan premis Pusat Tahfiz dan surau sahaja mulai jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 Petang. Ibu bapa perlu memberi kerjasama ini dengan menghalang anak—anak dari pulang ke rumah ketika waktu rehat (kecuali kecemasan)

Tarikh tutup pendaftaran pada 05 November 2011. Siapa cepat dia dapat.

Tempat Program :
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg. Tua.

Pendaftaran :

Bayaran Pendaftaran : RM10.00
Bayaran Yuran : RM170.00
Had Umur—7 - 14 Tahun Sahaja
Bilangan Peserta : Terhad 30 peserta Lelaki / 20 peserta Perempuan

Tarikh Program

12 Disember 2011 — 23 Disember 201 Setiap Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat
Mulai Jam 8.30 Pagi - 5.00 Petang

10 HARI SAHAJA

Target Hafazan
Surah Al Mulk, Surah Sajadah dan Al Waqiah

Bayaran termasuk
Makan Pagi Jam 10.00 (Waktu rehat), Makan Tengahari Jam 2.00 ptg. dan Minum Petang Jam 4.30 ptg
(sila sarapan pagi di rumah)

Tarikh tutup Pendaftaran
05 DIS 2011

Sumbangan diperlukan

Program ini telah disusun atur dengan kadar bayaran yang paling minimum bagi mempastikan semua ibu bapa dapat menghantar anak — anak mengikuti program ini. Kadar bayaran yang dikenakan sekadar cukup — cukup untuk membayar gaji guru dan makan minum peserta dan guru.

Jika ada sumbangan dari ibu bapa pastinya jawatankuasa Surau dan Pusat Tahfiz akan merancang pelbagai aktiviti tambahan yang mungkin menambah minat anak — anak untuk mendekati surau, bergaul dan bermasyarakat

SUMBANGAN UNTUK PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
Hubungi 013-2791608

Borang Pendaftaran boleh di downloaddi sini

Klinik Solat Al Dihat menutup tirai



Sebahagian rakaman sepanjang 3 hari Klinik Al Dihat di Pusat Akademik Maju. Tahniah kepada semua fasilitator dan guru yang cemerlang

Jumpa lagi !!

Persiapan terakhir Pelajar Tahfiz sebelum ujian akhir tahun



Malam tadi SK sempat mencuri waktu melihat persiapan terakhir pelajar Tahfiz Ad Diniyyah menghadapi ujian pencapaian akhir tahun 2011. Pelajar tahfiz kini berperah otak mengulang hafazan. Berasap kepala!!!

Ahmad Fahmi Abdul Rahman adalah salah seorang pelajar yang sempat SK uji tahap hafazannya. Ahmad Fahmi telah menghafaz 9 Juzuk. Dari 9 juzuk itu SK telah 'tebuk' soalan dari juzuk ke empat dari surah Al imran. Soalan secara rawak.

Video di bawah adalah rakaman ketika SK menguji hafazan Ahmad Fahmi. Selamat menduduki ujian akhir tahun!!

Nahas helikopter di New Zealand


Ajal maut di tangan tuhan. Lihat bagaimana nasib pemandu helikopter ini. Masih selamat. Bencana yang hampir meragut nyawanya. Nahas helikopter di Kompleks Basin Viaduct di Auckland New Zealand



kredit untuk bestonoffour

Saya tidak pernah memindahkan Jin dengan menggunakan bas!



Ikuti ulasan dari Al Fadhil Tuan Guru Dato' Harun Din Al Hafiz mengenai dakwaan beliau pernah memindahkan jin dengan menggunakan bas. Semoga dengan penjelasan ini dapat menjelaskan fakta sebenar.

Rabu, 23 November 2011

Travelog Haj 1432 - Raudhah yang tenang




Mehrab Nabi - Kawasan tumpuan di dalam kawasan Raudhah

Rasulullah S.A.W ada menyebut dalam sebuah hadith yang bermaksud

"Antara rumahku dan mimbarku ada taman (Raudhah) dari taman - taman syurga"

Raudhah di Masjid Nabawi adalah kawasan tumpuan jemaah haji. Jarang benar kawasan ini lengang. Biasanya kawasan ini padat. Jemaah bersesak - sesak berebut untuk mendapatkan ruang untuk duduk iktikaf. Ada juga yang berebut - rebut sekadar untuk berdiri dan berdoa di kawasan ini.

Ini adalah kawasan yang disebut sebagai kawasan yang mustajab untuk berdoa. Bersyukurlah kalau anda dapat masuk ke kawasan ini tanpa bersesak - sesak.

(Anda boleh membezakan kawasan Raudhah dengan kawasan yang lain dengan mengecam warna karpetnya. Warna karpet di kawasan Raudhah ialah warna hijau seperti gambar di bawah.

Warna karpet di kawasan Raudhah


Karpet bukan kawasan Raudhah

SK sempat merakam suasana tenang di taman raudhah ini selepas solat subuh Sabtu 01 Oktober 2011. Video dan gambar  ini boleh memberi sedikit gambaran kepada anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke kota suci ini. Syukur kepada Allah yang memberi peluang ini.

Alhamdulillah!!












Selasa, 22 November 2011

1 Disember 2011 - Ujian Pencapaian Akhir Tahun Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah




Semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah akan menduduki ujian Pencapaian Akhir Tahun bermula 1 Disember ini. Ketika ini semua pelajar sedang bertungkus lumus mengulang hafazan baru dan lama.

Selamat Maju Jaya!!

Mesyuarat AJK Surau dan Tahfiz malam ini



Semua AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dan AJK Surau Ad Diniyyah adalah dijemput ke mesyuarat tersebut yang kan diadakan pada

Tarikh : 22 November 2011
Hari : Selasa
Masa: Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Kuliah Maghrib bersama Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang


CERAMAH KHAS SEMPENA MAAL HIJRAH 1433


Tarikh : 22 November 2011
Hari : Selasa
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : MASJID AMANIAH , Batu Caves Selangor

Semua dijemput hadir

Isnin, 21 November 2011

Travelog Haj 1432 - Rakaman sewaktu menziarahi Maqam Rasulullah SAW


Di bawah kubah hijau inilah jasad Rasulullah disemadikan.

Rakaman video ini diambil sewaktu SK berada di Masjid Nabawi di Bumi Al Madinah Al Munawwarah  pada pagi Jumaat 30 September 2011. Madinah masih tenang pagi itu. Jemaah haji masih belum ramai yang tiba. Anggaran 800 - 900 orang Jemaah haji Malaysia baru tiba pada tarikh itu.

Selepas selesai solat subuh, kelihatan jemaah berpusu - pusu menuju ke maqam Rasulullah untuk menziarahi baginda dan dua sahabat Baginda - Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiallahu anhuma. Para jemaah berbaris tenang. Mengucap salam dan berdoa. SK sempat membuat rakaman ini.

Beberapa tahun lalu, jemaah biasanya dihalang untuk mengambil gambar di dalam masjid. Kawalan ketat di pintu masuk. Jemaah yang membawa kamera akan diarah meninggalkan kamera di bilik khas. Hari ini halangan tersebut sudah tidak dikuatkuasa lagi. Teknologi telefon bimbit berkamera menyukarkan pihak masjid menguatkuasa halangan tersebut.

SK masih berhati - hati juga ketika membuat rakaman ini. Bimbang juga telefon bimbit dirampas petugas Masjid. Ada kalanya, ada juga jemaah warga arab akan membuat teguran supaya jangan membuat rakaman di dalam masjid.

Rakaman ini sekadar menunjukkan bagaimana suasana jemaah ketika menziarahi maqam Rasul untuk dikongsi bersama pembaca blog.






Akan Datang !!! Program Cuti Sekolah - Klinik Hafazan AL Dihat




Jangan ketinggalan!! Sertai Program ini!! Ketahui cara Mudah Menghafaz Surah Yassin!! Daftar Segera!!

Pusat Tuisyen Akademik Maju akan menganjurkan Klinik Hafazan Al Dihat pada musim cuti sekolah ini. Isikan masa lapang anak anda dengan kegiatan yang berfaedah. Penuhi jiwa anak - anak anda dengan Nur Al Quran. Mudah - mudahan anak anda mudah mendengar kata.

Anak anda akan diajar teknik menghafaz dengan betul. Guru - guru dari Pusat Tahfiz terpilih akan membimbing anak anda menghafaz Surah Yassin dalam masa 3 Hari. Insyaallah.

Baca seterusnya di sini