Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 17 Mac 2012

Mahukah keaiban anda dibongkar???

Aib menurut kamus dewan ialah hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan. Pastinya setiap diantara kita mempunyai aib dan tidak ingin ianya terbongkar. Ianya merupakan salah satu perkara yang berkaitan dengan maruah. Di dalam Islam terdapat larangan membuka aib saudara Islam.

Nilai menutup keaiban seorang itu amat dihargai disisi Allah s.w.t dan menzahirkan keaiban seseorang itu dikira sesuatu amalan yang buruk kerana keharmonian rakyat akan terjejas dan keluarga akan berpecah belah.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksud :


"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim Allah s.w.t akan menutup keaibannya di hari kiamat".
Hadis Riwayat Muslim.


Hadis ini merupakan salah satu hadis yang memberi secukupnya didikan yang paling penting bagi umat Islam. Menutup aib dan rahsia seorang muslim merupakan sesuatu pertolongan yang demi menjaga maruahnya di depan khalayak dalam semua masyarakat muslim mahupun bukan muslim.

Membongkarkan keaiban orang lain merupakan satu sifat keji dan hati yang busuk yang tidak mahu mendapat rahmat Allah s.w.t bukan sahaja didunia bahkan dihari kiamat dimana rahsia- rahsia manusia akan dibongkarkan atau tetap dirahsiakan bagi orang yang tidak membongkarkan rahsia orang lain.

Jumaat, 16 Mac 2012

Tasawwur Islam oleh Ustaz Dato' Dr Harun Din 01



Tuan Guru Ustaz Dr Haron Din Al Hafiz.


Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Muaz Hassan



Perubahan jadual kuliah malam ini. Kuliah Maghrib yang dijadual akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad akan diganti oleh Ustaz Muaz Hassan.

Harap Maklum!!

Perjumpaan ALC Seluruh Malaysia di UIA pagi esok



Perjumpaan ALC - ALC seluruh negara yang telah dirancang diadakan pada hari Sabtu, 17 Mac 2012 minggu ini telah diubah lokasinya ke Auditorium A, Fakulti Engineering Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. ATC Selangor dimakumkan sebentar tadi oleh Ibu Pejabat Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.
Sebelum ini perjumpaan dirancang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam terpaksa diubah ke Auditorium CIAST di Shah Alam. Sekali lagi perubahan terpaksa dilakukan untuk mencari lokasi yang benar - benar sesuai dan mudah dihadiri oleh ALC-ALC yang bakal hadir nanti.
Ketahui apa itu ALC di sini

SK: Jumpa di sana!!

AL Baghdadi terus mendapat sambutan

Pelbagai peringkat umur hadirke sesi penerangan dan demo percuma di ALC BATU CAVES
Belajar Asas Al Quran Teknik Al Baghdadi di ALC Batu Caves terus mendapat sambutan. Teknik Al Baghdadi sesuai untuk warga emas, dewasa, remaja dan kanak - kanak . Klik sini untuk keterangan lanjut.

Gambar sekitar Kelab Al Baghdadi sepanjang Februari - Mac 2012

Kelas ceria bersama Ustaz Zool Fadhli

Tekun !!

Lebih 100,000 sudah mengikuti Al Baghdadi di seluruh tanah air. Anda bagaimana?

Khamis, 15 Mac 2012

Dunia makin tua!! Jepun dilanda gempa lagi!!


4 hari selepas Jepun memperingati ulangtahun pertama bencana Tsunami, hari ini Jepun dilanda gempa sekali lagi dengan kekuatan 6.8 SR. Gempa bumi kuat menggegarkan utara Jepun, menyebabkan tsunami kecil tetapi tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan. Beberapa bandar mengeluarkan nasihat berpindah kepada penduduk berhampiran pantai.

Ombak setinggi 10 sentimeter dikesan di bandar Erimo di pulau Hokkaido tetapi tiada perubahan dilaporkan di tempat lain.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan gempa itu berukuran 6.8 magnitud dan meramalkan tsunami sehingga setengah meter mungkin melanda di kawasan tengah Hokkaido dan pantai timur Pasifik serta Aomori dan Iwate di utara pulau utama Jepun itu.
Iwate rosak teruk susulan gempa bumi dan tsunami tahun lalu. Gempa bumi terbaru itu tidak dirasai di Tokyo dan tiada ancaman tsunami di seluruh Pasifik.

Saksikan video dari youtube ini.

Catatan Pagi - Mengurus kematian jiran setaman

Sebahagian waris menguruskan jenazah Allahyarham Norliza di Tanah Perkuburan Sg Tua

Al Fatihah kepada allahyarham Pn Norliza (Flat SA) yang meninggal malam tadi di HUKM. Meninggal di usia 42 tahun. Jenazah diurus pagi ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah sehingga selesai.

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali!!

Beberapa keping gambar yang sempat SK ambil untuk dikongsi bersama.


Turun Padang : Tuan Haji Mohamad Penyelaras DUN Taman Templer menziarahi suami Allahyarham

Melepasi tuntutan Fardhu Kifayah
Dari tanah kita diciptakan kepada tanah jua kita kembali.

SK: 12.30 - Urusan jenazah selesai. Balik rumah berehat sekejap. Petang baru boleh ke pejabat. Jumpa malam ni di surau ada majlis tahlil arwah.

Dah jadi ahli badan khairat ?????  Kalau belum hubungi Haji Sapuan 013 3320300

Rabu, 14 Mac 2012

Awas!! Perkhidmatan Cuci Emas


PENDANG – Seorang suri rumah terpaksa mengalami rugi besar apabila semua barang kemas miliknya rosak dan beratnya makin berkurangan setelah mencuba khidmat mencuci barangan berharga itu yang ditawarkan tiga individu, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang lelaki dan dua perempuan menaiki sebuah kereta berwarna putih mendakwa datang dari Jitra, pergi ke rumah jirannya dengan menawarkan perkhidmatan mencuci emas dan turut menjual emas Korea.

Mangsa, Aishah Jaafar, 58, berkata, ketiga-tiga suspek datang ke rumah jirannya kerana ketika itu ramai penduduk kampung sedang mengadakan gotong-royong untuk majlis kenduri sempena jirannya yang ingin mengerjakan umrah.

“Mereka datang sambil menawarkan khidmat cuci emas dan menjual emas Korea pada kira-kira 20 penduduk wanita pada masa itu. Ketiga-tiga mereka meminta barang kemas dipakai beberapa penduduk untuk dicuci dengan bayaran hanya RM2 untuk satu barang,” katanya kepada Sinar Harian.

Aishah berkata, pada masa itu, salah seorang daripada suspek menarik tangannya dan meminta rantai tangan yang dipakainya untuk dicuci. Menurutnya, namun dia enggan memberikan barangan terbabit kerana bimbang ditipu.

“Selepas enggan memberi rantai tangan untuk dicuci, saya bertanya sama ada mereka boleh membaiki rantai tangan jenis batu yang putus. Mereka mengakui boleh melakukannya dan terus meminta saya mengambil rantai tangan itu di rumah
.

“Disebabkan yakin mereka ingin membaiki rantai tangan itu, saya mempelawa mereka ke rumah saya dekat situ, sehinggakan saya cepat-cepat berlari balik ke rumah,” katanya.

Aishah berkata, tiba di rumahnya, dia segera mengeluarkan rantai tangan terputus itu dan memberikan kepada mereka, namun suspek memaklumkan ia tidak boleh dibaiki.

Katanya, dia seolah dipukau tiga individu terbabit apabila terus membenarkan mereka membuka semua barang kemas dipakainya, iaitu seutas rantai tangan dan rantai leher serta mengambil satu gelang lagi yang disimpan di dalam bilik untuk dicuci.

“Mereka memujuk saya agar semua barang kemas itu dicuci dengan bayaran hanya RM2 dan tiga barang milik saya dikenakan RM6. Mereka mencuci barang kemas dengan cara membakar semua barang kemas itu dan memasukkan semuanya dalam botol serta terus menggoncang kuat botol itu sehingga cecair di dalamnya menjadi warna kuning keemasan,” katanya.

Menurutnya, selepas proses itu dia tidak menyedari gelangnya rosak dan berat barang kemasnya makin susut hingga tiga individu itu beredar.

Aishah berkata, selepas kumpulan licik itu pulang, dia baru tersedar semua barang kemasnya menjadi ringan daripada berat asal.

“Gelang saya makin nipis dan rosak, rantai leher menjadi kecil dan bertukar warna hampir kelabu. Saya terkejut kerana semua barang kemas itu telah dibeli lebih enam tahun lalu dengan harga RM4,000 ketika itu, namun semuanya menjadi ringan. Saya cuba menimbang dan mendapati semua berat barang kemas itu hanya 10 gram,” katanya.

Menurutnya, dia pasti tiga individu terbabit mencuri emas melalui cecair yang digunakan.

Aishah difahamkan, tiga individu itu sudah tiga kali ke kampungnya menawarkan khidmat mencuci barang kemas dengan kenderaan berlainan kemungkinan mengelakkan penipuan mereka dikesan.

Anaknya yang enggan dikenali berkata, dia maklum isu ramai penduduk di bandar tertipu dengan servis mencuci emas dari rumah ke rumah, namun tidak menyangka ia turut ditawarkan di kampung. -SH

Isnin, 12 Mac 2012

Persiapan Mesyuarat Agung Surau ke 10 bermula



Kerja - kerja persiapan untuk mengadakan AGM Surau Ad Diniyyah kali ke 10 kini bermula. Insyallah kalau tiada aral melintang, AGM kali ke 10 akan dibuat penghujung April nanti. Tarikh muktamad akan diputuskan.

SK beransur - ansur menyiapkan laporan mencuri masa yang terbatas. Semua AJK diminta menyiapkan laporan. Notis akan menyusul.


Rakaman tayangan multimedia di AGM tahun lalu.

Amacam?? ada berani???



SK: Teringat ketika meredah banjir di Segamat tahun lalu. Estima memang tak sesuai untuk meredah banjir. :0