Muhammad Aidil Bin Zulkifli

Rakaman Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pada 3 Januari 2013

Kenangan Forum Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Jom! Bersama Kami membentuk generasi Al Quran

Upah Haji / Badal Haji

Pendaftaran untuk upah haji / badal haji 1434 dibuka sekarang. Insyallah sempurna "

BACALAH AL QURAN!

Bacalah Al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti Al Quran akan datang membawa syafaat kepada org yg membacanya ’.

Rasululah S.A.W bersabda!'

""Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

Kami sedang menyemai benih

Jom! Bersama kami berkongsi pahala. Sumbangan dialu - alukan’.

Kami menyusun Soff

Generasi pelapis Al Quran’.

http://www.suraukini.com

maju selangkah ke hadapan ’.

Pendaftaran Upah Haji 1434 dibuka sekarang

“Sudahkah ibu bapa anda yang meninggal dunia menunaikan haji?.”"

Sabda Rasulullah S.A.W

““Tiap - tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As .”.” "

Ahmad Fahmi Abdul Rahman!

““Tempat Ketiga Program Hafazan Al Quran Peringkat Remaja Bawah 15 Tahun - 26 Mei 2012 di muzium Kesenian Islam.”.” "

Ustaz Don Daniyal Biyajid!

““Pelancaran Dana Penambahan Bangunan Baru Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 16 Ogos 2012.”.” "

JOM! INFAQ DAN WAKAF!

““Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam.”.” "

Perspektif Cadangan Bangunan Asrama Tahfiz

““Jom! Wakaf harta untuk pembinaan Bangunan Baru Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hubungi 013 2791608 .”.” "

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersama Ustaz Zamri

Jom! Bersama kami membentuk Generasi Al Quran

Muhammad Zulhusni Bin Othman

Naib Juara Pertandingan Hafazan Al Quran Peringkat Daerah Gombak 19 dan 20 Jan 2013 di Masjid Al Ansar AU2- Kategori 1-20 Juzuk

Sabtu, 19 Mei 2012

Jom! Ke Masjid Amaniah hari ni.

Gandingan Al Baghdadi dan Ad Diniyyah.

Pelbagai acara menarik disediakan di Karnival Jom Ke Masjid yang dianjurkan oleh Masjid Amaniah sepanjang hari ini. Futsal, Treasure Hunt, Basikal Pelik, Paint Ball, pemeriksaan kesihatan, Forum Perdana, persembahan Nasyid Kumpulan Hijjaz dan Devotees, menunggang kuda dan lain - lain acara yang pasti menyeronokkan.
Jangan lupa petang ni ada sesi penerangan percuma Belajar Al Quran Teknik Al Baghdadi jam 2.00 Petang di ruang solat Masjid Amaniah. Anak - anak Tahfiz turut sama di Karnival ini membuat jualan amal.
Turun kalau beran!

Jumpa Sk di sanaaaaa! gambar sekitar karnival akan menyusul. Tungguuu

Jumaat, 18 Mei 2012

Jom! tengok Gerhana Matahari Cincin 20 Mei ini



KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak. Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Ujian kereta kabel di Sungai Thames


LONDON - Beberapa buah kereta kabel bergerak merentasi Sungai Thames sejauh satu kilometer di sini kelmarin. Ia bergerak dari Semenanjung Greenwich ke Limbungan Diraja dalam satu ujian operasi yang dilakukan oleh para jurutera dan pekerja projek pembinaan kereta kabel itu.

Projek kereta kabel itu ditaja oleh syarikat penerbangan Emirates Airlines. Sebanyak 34 kereta kabel dijangka beroperasi semasa Sukan Olimpik London berlangsung pada Julai depan.  Ketinggian kereta kabel itu dari sungai tersebut ialah 90 meter. - Agensi












Khamis, 17 Mei 2012

Penerangan percuma Teknik Al Baghdadi


Jangan malu - malu , jangan segan - segan. Jemput datang mendengar Sesi Penerangan Percuma Al Baghdadi di karnival Jom Ke Masjid. Teknik mudah dan berkesan belajar asas Al Quran.  Ramai yang dah berjaya

Ustaz Azhar Idrus - Bunuh diri! nak tanam kat mana?

Penjelasan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan mati bunuh diri. Perlukah mayat dimandikan? Nak kebumi kat mana? Apa balasan orang bunuh diri?
Ikuti penjelasan

 


Jualan amal bersama Pelajar Tahfiz Ad Diiniyyah di Karnival Jom! Ke Masjid

Melatih Anak Tahfiz berkerjasama dan berdikari


Jom! ke Karnival di Masjid Amaniah mulai esok (Jumaat 19 Mei - Sabtu 20 Mei 2012). Karnival Jom! ke Masjid anjuran Masjid Amaniah Batu Caves pasti menarik . Pelbagai acara disediakan. Temui kami anak - anak tahfiz Ad Diniyyah di jualan amal.

Jumpa kami di sana. Membeli sambil menderma. Keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke tabung Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.


Rabu, 16 Mei 2012

Siapa lelaki berjubah putih ini?


Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.  Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul - betul..

 Wallahu a’lam


SK; Tak tahu nak komen? apa padangan anda ye?

Klik Iklan di bawah




Karnival Jom Ke Masjid


Jangan lupa hujung minggu ini. Masjid Amaniah Batu Caves menganjurkan Karnival Jom Ke Masjid. Pelbagai aktiviti menarik dan santai disediakan. Al Baghdadi Learning Center akan bersama meriahkan Karnival ini. 

Jangan lepaskan peluang keemasan! Sesi Penerangan Percuma Belajar Al Quran Teknik Al Baghdadi akan diadakan di karnival tersebut

Tarikh : 19 Mei 2012
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 - 3.30 petang
Tempat : Dewan Solat Masjid Amaniah
Penyampaian oleh : Ustaz Zool Fadhli As Sudani.

Sila sahkan kehadiran anda ke sesi penerangan ini. Hubungi 013-3510860 / 013 -2791608

KLIK SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT

Selasa, 15 Mei 2012

Kepala melekat di Sejadah!

Keratan akhbar

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.” Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. “Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. “Adalah menjadi kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki terjadinya sesuatu itu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah” maka terjadilah ia..

SK: Hidayah dari Allah. Pelbagai cara Allah kurniakan hidayahNya. Semoga Allah merahmati kita semua

Gambar dan Video - Indahnya ciptaan Alam. Masyallah

Sebatang sungai di Swiss yang dipanggil Sungai Verzasca ini mempunyai air yang begitu jernih. Dengan kejernihan ini, anda mampu melihatnya segala di dalamnya sehingga sedalam 10 meter. Indahnya alam ciptaan Allah. Subhanallah!
Firman Allah:
Maka nikmat tuhan kamu yang mana satukah yang ingin kamu dustakan? Surah Ar Rahman











SK: Sekitar tahun 80an, Sungai Pahang airnya pernah jernih sebegini. Setiap petang selepas pulang dari sekolah, SK pasti terjun ke sungai mandi dan main bersama rakan. Seronok bukan kepalang. Sungai Pahang sangat cantik. Banyak memori indah zaman kanak - kanak. Memori bersama Sungai Pahang

Kini selepas 30 tahun air Sungai Pahang sudah tidak sejernih ini lagi. Pasir, kering disonglap. Batu - batu sungai yang licin dan cantik tiada lagi. Yang tinggal hanya air dan lumpur. Sungai keruh dari hulu sampai ke hilir.

Dulu, kalau kita menyelam di Sungai Pahang, kita boleh nampak buaya. Sekarang kalau kita menyelam, buaya pun tak nampak kita. Air sangat keruh. :(

Anak cucu tak dapat mewarisi keindahan itu lagi. Alam kita telah dikhianati manusia.

  

Ahad, 13 Mei 2012

Sajak untuk Ibu di Hari Ibu



PARA SAHABAT BERTANYA KEPADA  RASULULLAH SAW!
Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.” – HR. Bukhari dan Muslim
SK : Al fatihah untuk Arwah Ibu dan ayah. Sajak 2 minit meruntun rasa. Sayangi ibu anda sementara mereka masih ada.

Ustaz Azhar Idrus - Judi bola di kedai makan

Malam ni Manchester City atau Manchester United bakal menjadi juara? Lepak kedai mamak tengok bola di skrin besar. Bertaruh. Apa hukumnya? Selamat menonton. Jangan berjudi !! :)